SANDAKAN, 2 Mei : Kelab Remaja ISMA (KRIM) Syukbah Sandakan telah menganjurkan Jambori Remaja Muslim (JIRIM) kali pertama pada 30 dan 31 Mei yang lalu dan bertempat di Scouts Nature Park, Sandakan dengan jumlah peserta seramai 59 orang peserta dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun.
Antara aktiviti yang menarik sepanjang program ini berlansung ialah kembara malam, explorace, pertandingan nomad chef, dan banyak lagi. Selain daripada aktiviti yang bersifat outdoor, aktiviti indoor juga turut diketengahkan seperti pengisian bertajuk ‘Sukses! Jalan Terus!’ yang telah disampaikan oleh Cik Siti Rohaya Mohamad. Antara kata-kata menarik yang disampaikan dalam pengisian beliau ialah, “Islam memerlukan remaja-remaja yang ada jati diri yang sangat kuat dan mengetahui tujuan penciptaan serta mempunyai matlamat hidup yang jelas dan nyata”.
Program juga diserikan dengan pengisian Kuliyah Magrib bertajuk ‘Pemuda’ yang disampaikan oleh YDP ISMA Kota Kinabalu, Ustaz Sarip bin Adul. Kata beliau, “Remaja yang hebat adalah remaja yang berjiwa besar dan sanggup meninggalkan perkara-perkara yang indah di mata dunia semata-mata untuk mengejar ganjaran akhirat”. Beliau juga menyeru kepada semua remaja-remaja Islam agar menghargai setiap masa pada cuti sekolah ini dengan melakukan perkara yang bermanfaat di sisi syarak.
Jambori yang berlansung selama dua hari satu malam ini mendapat maklum balas yang positif dari pihak peserta dan juga ibubapa. Saudara Wahid, salah seorang peserta JIRIM ketika ditemuramah berkata, “Program seperti ini seharusnya lebih banyak dianjurkan khususnya kepada golongan remaja, kerana ianya dapat membantu remaja dalam mengenal tujuan hidup yang sebenar dan membina jati diri remaja pada masa akan datang. Saya berbangga dengan KRIM dan ISMA atas penganjuran JIRIM kali ini. Tahniah!”.
Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai remaja Islam yang berkualiti dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan Negara. Nantikan program seterusnya daripada KRIM Kota Kinabalu!

No comments:
Post a Comment