Showing posts with label YAYASAN IKHLAS. Show all posts
Showing posts with label YAYASAN IKHLAS. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

ISMA Kota Kinabalu Menghantar Sumbangan Kepada Masyarakat Mualaf di Kampung Melangkap Kapa, Kota Belud


KOTA BELUD, 9 Jun: Prihatin dengan nasib mualaf di Kampung Melangkap Kapa di daerah Kota Belud, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kota Kinabalu dengan kerjasama Yayasan Ikhlas Sabah dan Aman Palestin Sabah telah menziarahi mereka pada 6 Jun yang lalu. Projek ini disertai oleh 24 orang ahli ISMA KK termasuk YDP ISMA KK, Ustaz Sarip Adul.

            Projek ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan beberapa sumbangan bersempena dengan bulan Ramadan dan juga persiapan Syawal yang bakal menjelma, sekaligus menjalinkan ikatan silaturrahim sesama Muslim. Sumbangan berbentuk keperluan harian seperti beras, air mineral dan duit raya telah diedarkan kepada 16 orang mualaf di kampung tersebut.

            Ujar Ustaz Sarip dalam pertemuan bersama penduduk Muslim di sana, “Islam merupakan agama rahmat bagi semua penganutnya dan bukan semata-mata sebagai agama ritual. Ia juga merupakan agama yang mementingkan persaudaraan sesama Islam. Oleh itu, semoga dengan pertemuan ini akan menjadi titik permulaan untuk kita merangka pertemuan yang akan datang.” Beliau juga berkata bahawa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kota Kinabalu akan berusaha sedaya upaya dalam mencari dana untuk membina surau di kampung tersebut."

            Kampung Melangkap Kapa merupakan salah satu kawasan yang turut terkena tempias kejadian gempa bumi yang lepas. Puan Arni, salah seorang daripada penduduk Islam di sana berkata, “Saya sangat terharu dan teruja dengan kehadiran team Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kota Kinabalu ke kampung kami. Hal ini kerana, sejak lapan tahun saya menetap di sini, ini merupakan kali pertama ada pihak yang sudi membantu masyarakat mualaf di sini”. Ujar beliau lagi, “Masyarakat Muslim merupakan masyarakat minority di sini. Oleh itu, hanya Allah sahaja yang boleh membalas amal baik kalian. Terima kasih.”

            Semoga dengan amal ini dapat membantu umat Islam di Sabah yang benar-benar memerlukan. Tahniah ISMA KK, Aman Palestin Sabah, Yayasan Ikhlas Sabah dan ahli-ahli yang terlibat!

Thursday, June 25, 2015

Program Ramah Mesra Ramadhan Mengalu-alukan Sumbangan Dari Anda

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1436H.


Firman Allah:
(261)مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيم
 Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji / sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulir), pada tiap-tiap tangkai  pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Baqarah : 261)


Sempena bulan Ramadhan Kareem yang penuh barokah ini, Yayasan Ikhlas akan mengadakan Program Ramah Mesra Ramadhan bersama asnaf, mualaf dan anak yatim.

Saat ini, pihak Yayasan Ikhlas sedang mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada kepada golongan mualaf, asnaf dan anak yatim serta meraikan kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan tahun ini.

Sasaran dalam program ini adalah 1150 buah keluarga asnaf dan mualaf termasuk Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu, pihak Yayasan Ikhlas ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama mengumpulkan sumbangan untuk diserahkan kepada sasaran ini.

Oleh itu, kami amat mengalukan keprihatinan dari semua pihak yang ingin memberikan sumbangan :

- 1 kotak Kurma berharga RM10
- 1 kampit Beras 10kg berharga RM26
- 1 botol Minyak Masak 3 kg berharga RM10
- 1 paket Gula 2kg berharga RM7

Sumbangan derma ikhlas wang ringgit boleh dibuat ke dalam akaun Yayasan Ikhlas :

- CIMB ISLAMIC | 8600 601 366
- MAYBANK ISLAMIC | 5628 3463 6228

Anda juga  boleh menghantar barangan sumbangan ke alamat seperti di bawah :

- Lot No. 2, DBKK, No. 9-2, Tingkat 2, Lorong Plaza Kingfisher 4, Plaza Kingfisher, Kuala Inanam, Likas 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Semoga dengan sumbangan ini akan menggembirakan hati  saudara-saudara kita yang memerlukan keprihatinan daripada kita semua dan menjadi pemberat amal kebaikan kita di akhirat kelak. Amin...

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
-          Cik Hazry, Pengurus Yayasan Ikhlas Cawangan Kota Kinabalu : 013-6523799