Monday, June 29, 2015

Iftar Jamaie Eratkan Hubungan Ahli ISMA Seluruh Sabah

KOTA KINABALU, 28 Jun: Bersempena dengan kehadiran Ramadan yang mulia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kota Kinabalu telah menganjurkan Iftar Jamaie bersama ahli ISMA seluruh Sabah. Majlis diadakan di Transit Hadhanah Centre, Sembulan pada 27 Jun 2015, bersamaan dengan 11 Ramadan 1436 H yang lalu.

Aktiviti tahunan ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara ahli ISMA yang hadir dari pelbagai pelusuk negeri Sabah seperti Beaufort, Tambunan, Kota Marudu dan Kudat. Selain itu, pertemuan ini juga dianjurkan untuk mengingatkan semula ahli ISMA tentang matlamat sebenar kehidupan dan perjuangan.

Iftar Jamaie ini turut diserikan dengan kata-kata taujihat daripada Pengerusi PEMBINA Kota Kinabalu, Ustaz Mahadir bin Amboala. Ujar beliau, "Taaruf adalah salah satu rukun yang terpenting dalam jemaah. Hal ini kerana, taaruf akan menjamin hubungan kita di masa hadapan kelak, di samping menjadi kenangan suatu masa nanti." Tambah beliau lagi, "As-Syahid Imam Hasan Al-Banna ada menyebut, berkenal-kenalanlah kerana asas dakwah adalah berkenal-kenalan."


Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga pertemuan ini diredhai dan diberkati Allah.

No comments:

Post a Comment